Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti ATV plak, ATV atau nama panjangnya All Terrain Vehicle adalah kenderaan nak kata motor, x serupa motor... senang citer motor 4 tayar lah. Aku main ATV ni di ATV Adventure Park yang terletak di kemensah, Kuala Lumpur
Peta Lokasi ATV Adventure Park |
Kat ATV Adventure Park ini ada 5 Pakej yang disediakan, Aku dan rakan² aku amik pakej yang paling ekstrem Pakej E. (RM300). Kalo korang nak tau pakej² lain boleh tgk kat sini.
Memula before start main ATV ni, korang kena sign satu borang. Borang tu kalo berlaku apa² kat kita, kita tak boleh salahkan pihak pengurusan ATV Adventure Park
Sebelum aktiviti bermula, diberi taklimat keselamatan dan cara pengendalian ATV |
Gentleman.. Start your engine |
Ni baru sesi warming up. |
Setelah semua peserta mahir mengendalikan ATV, Guide pon akan bawak kita meneroka hutan selamat 3-4 jam (mengikut pakej). Untuk pakej E, Korang akan dibawa ke Bukit Tabur / Dam / Sungai Liza / Dataran Mas /Bukit Lalang.
Pengembaraan bermula |
Kemahiran mengendalikan ATV boleh menstabilkan ATV |
Berehat di Sungai Liza |
Semua tempat ATV boleh jalan |
Selepas je rehat kat Sg. Liza, hujan mula turun dengan lebatnya, kami meneruskan perjalanan dalam hujan lebat dan ribut petir, jalan yang kami lalui semua basah dan sangat mencabar. Jadi bila dah hujan tu, tak dapatlah nak tangkap gambar. Kami tiba di tempat permulaan dalam jam 6.30 ptg.
Selesai sudah |
Sesampainya kami di tempat mula, kami berendam dalam kolam yang disediakan oleh pihak pengurusan. So jangan risau kalo baju kotor. Kelengkapan asas seperti surau, tandas, bilik mandi disediakan di sini. Jadi kalo berminat nak buat aktiviti kat sini. Sila klik ATV Adventure Park.
Chiaow..
yg ni la yg kami dok cari!!
ReplyDeletemmg best xila dot... mesti cuba ni...
Delete