Catatan Perjalanan

Grab this Headline Animator

Catatan Perjalanan Headline Animator

Friday 15 February 2013

Gua Damai Extreme Park | Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, petang ni aku nak citer skit pasal aktiviti Caving kat Gua Damai, Batu Caves. Dekat jer dari KL. Untuk aktiviti di gua damai ni, aku bahagikan pada 3 bahagian. so citer ni panjang skit, dan banyak gambar..

Perjalanan aktiviti di Gua Damai ni mengambil masa lebih kurang 12 jam lah, kira lama lah jugak tu kan...

Part 1.

Kami tiba di perkarangan Gua Damai lebih kurang jam 9 pagi dan disambut mesra oleh Pak Mus dan crewnya..
sampai je kami kat sana, Pak Mus terus bagi sedikit taklimat ringkas mengenai perjalanan yang bakal kami tempuhi pada hari ni. Selesai taklimat kami diberi peralatan keselamatan iaitu harness, helmet, carabiner, figure of eight. (kalo x tau mende² ni, sila tanya en. google erk..) Kami pon terus pakai alatan yang diberikan.
Setelah selesai pakai, buddy kita akan periksa alat kita untuk pastikan bebetul selamat
Dah selesai pakai alat, kami dikehendaki membuat aktiviti abseilling setinggi 50m. Semua orang kena buat abseilling ni coz dalam perjalanan hari ni, antara laluan yang kami kena lalui adalah abseilling dalam gua setinggi 70m gayat oooo.
Rendah je kan...

Perempuan pon boleh buat...
Alhamdulillah, semua dah lepas ujian pertama, abseilling 50 m. So kami akan memulakan perjalanan. Aku nak cari idea jap sambung cerita, so tunggu Part 2 erk...

2 comments:

  1. bestnya aktiviti mcm ni..teringat zaman belajar dan wktu PLKN.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq adda syuhada... bila dah keje... aktiviti mcm ni leh kita buat sebagai hobi.. ada banyak kelab dan persatuan rekreasi yg wujud sekarang ni...

      Delete