Catatan Perjalanan

Grab this Headline Animator

Catatan Perjalanan Headline Animator

Friday 15 February 2013

Gua Damai Extreme Park | Part 2

Hye guys.. petang ni ada plak nak update citer kat gua damai... Sapa yang belum baca part 1, korang bleh baca kat sini. So dipendekkan cerita, setelah buat abesilling, kami akan bergerak tracking di laluan yang telah ditetapkan. Sedikit taklimat keselamatan di beri dan doa dibacakan.
Pak Mus bagi taklimat tentang keselamatan
Mohon doa agar semuanya selamat. InsyaAllah

Seelesai doa, perjalanan kami pon bermula. Opps lupa plak nak bagitau, trip saya dan rakan² kali ni juga disertai oleh krew Rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) bersama pengacara Luqman Hakim. masuk tv tuu... .

Perjalanan masih jauh

Yang baju oren tu guide kami n sebelh tu Luq NLKO
Taklimat mengenai tumbuhan yang ada di sekita Gua Damai
Perjalanan kami yang sepatutnya 1 jam, jadi agak lama jugak coz banyak berenti shooting dalam hutan ni. nanti diakhir citer aku tunjuk video dari NLKO TV9. Kami terus berjalan dan berhenti, dalam 2 jam lebih jugak. aku and the gang sampai ke tempat Flying Fox. Flying fox kat sini antara yang terpanjang di Malaysia ni.. (250M)
Lambat sebab bergambar
Ready nak buat zip line ataupun flying fox
 
Selesai je flying fox, kami rehat/makan/solat kat kawasan ni. ingat ye, apa yg kita buat jangan lupa SOLAT tau... Makanan disediakan oleh pihak Gua Dama Extreme Park, kira dah termasuk dengan pakej aktiviti sekali. Makanannya pon sedap...
Makan dan Rehat²

SOLAT tak ada alasan..
Dah selesai rehat di Lembah Damai, kami teruskan dengan aktiviti caving plak.. Kami di bawa ke Gua Ichibawa, nak tau nama dia Ichibawa, kena datang sendiri sini tanya Pak Mus.. hehehehe
Taklimat sebelum masuk gua

Cara nak bergerak, ikut keselesaan masing²




Dah selesai di Gua Ichibawa kami terus ke gua Cili Padi untuk aktiviti potholing, aktiviti yang aku rasa paling mencabar, iaitu turun dalam lubang gua dengan teknik abseilling setinggi 70m.

Hiking to Chili Padi Cave
Masa nak star potholing, huja lebat turun
Korang tgk, kecik je org tu kan.. sorry gambar kurang memuaskan. thanks tv9 coz bantuan lampu limpah
Selesai jer potholing ni, kami berjalan keluar melalui jalan gua, sorry tak banyak gambar lepas tu sebab hujan lebat. 

Kalo korang berminat nak ke Gua Damai Extreme Park bleh klik SINI

bawah ni aku share citer kami dalam rancangan NLKO. korang tengoklah sendiri erk..
 

p/s : terima kasih kerana sudi membaca, sorry kalo gaya bahasa aku berterabur, aku tak pandai sangat berbahasa, tapi minat untuk berkongsi.. Adios

Gua Damai Extreme Park | Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, petang ni aku nak citer skit pasal aktiviti Caving kat Gua Damai, Batu Caves. Dekat jer dari KL. Untuk aktiviti di gua damai ni, aku bahagikan pada 3 bahagian. so citer ni panjang skit, dan banyak gambar..

Perjalanan aktiviti di Gua Damai ni mengambil masa lebih kurang 12 jam lah, kira lama lah jugak tu kan...

Part 1.

Kami tiba di perkarangan Gua Damai lebih kurang jam 9 pagi dan disambut mesra oleh Pak Mus dan crewnya..
sampai je kami kat sana, Pak Mus terus bagi sedikit taklimat ringkas mengenai perjalanan yang bakal kami tempuhi pada hari ni. Selesai taklimat kami diberi peralatan keselamatan iaitu harness, helmet, carabiner, figure of eight. (kalo x tau mende² ni, sila tanya en. google erk..) Kami pon terus pakai alatan yang diberikan.
Setelah selesai pakai, buddy kita akan periksa alat kita untuk pastikan bebetul selamat
Dah selesai pakai alat, kami dikehendaki membuat aktiviti abseilling setinggi 50m. Semua orang kena buat abseilling ni coz dalam perjalanan hari ni, antara laluan yang kami kena lalui adalah abseilling dalam gua setinggi 70m gayat oooo.
Rendah je kan...

Perempuan pon boleh buat...
Alhamdulillah, semua dah lepas ujian pertama, abseilling 50 m. So kami akan memulakan perjalanan. Aku nak cari idea jap sambung cerita, so tunggu Part 2 erk...

Tuesday 12 February 2013

Tutorial | Meletakkan Sitemap dalam blog

Hye kengkawan.. apa khabar korang semua ? Mesti lemau coz banyak makan limau. Dalam post kali ni, aku nak buat skit citer pasal tutorial blog. aku ni tak pandai sangat pon, sekadar berkongsi apa yg aku dapat semasa aku buat blog aku ni. Ikuti tutorial 1st aku... ahaks..

Apa itu Sitemap?
Mungkin itu adalah persoalan pertama yang akan korang tanya.. Aku terangkan secara ringkas.. Sitemap merupakan struktur yang bergantung kepada label setiap entri yang korang publish dalam blog. Sktuktur sesebuah blog amalah penting bagi memudahkan pembaca blog kita mencari entri yang telah dikelaskan dengan label-label yang tertentu. Aku bagi satu konsep yang cukup mudah.. Andaikan korang adalah seorang pelancong yang melancong keluar negara.. Apakah perkara yang menjadi panduan korang ketika melancong? Of course lah peta kan seperti peta dunia, google map dan sebagainya. Begitu juga konsepnya dengan blog.. Sitemap sangat penting untuk sesebuah blog yang ingin meningkatkan traffik blog melalui carian engine seperti google, yahoo dll. Entri yang korang publish akan lebih mudah untuk di baca dan dipaparkan pada carian engine selain daripada pengunaan Title Tag yang turun memainkan peranan penting.

Sitemap atau Peta Laman dalam blog aku..
Bagaimana memasang sitemap ?

Bagaimana nak pasang sitemap, caranya mudah saja, korang follow step by step langkah yang aku bagi ni..

Langkah 1 : Copy kod kat bawah ni
<script style="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/Sitemaprev2.js"></script><script src="http://www.my1adventure.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script> 
Langkah 2 : Korang login ke blog dan buat satu page baru yang bertajuk sitemap, peta laman atau apa² yang korang fikir bersesuaian

Langkah 3 : Lepas dah masukkan tajuk, korang jangan lupa klik pada "html" seperti yg aku bulatkan warna merah dalam gambar kat bawah. ini penting, coz kerana kesilapan ni, aku buntu seketika.
Jangan lupa klik kat html seperti dalam bulatan.
Langkah 4 : Lepas tu letakkan kod yang aku bagi kat atas tu dalam page korang, then gantikan link blog aku (yg aku garis warna merah) dengan link blog korang. 
Gantikan link blog aku dengan blog korang
Langkah 5 : Dah siap jangan lupa publish, Korang boleh gunakan link page korang untuk letakan di menu tab korang.

Bagaimana kalo korang buat tak jadi..?? Jangan segan² tanya aku, insyaAllah aku akan cuba bantu setakat yang aku mampu.

p/s : Tutorial ni utk orang² yang baru nak berjinak macam aku ni, Pada otai², kalau tutorial aku salah, harap ditegur untuk kebaikan bersama. 

Selamat Mencuba





Wednesday 6 February 2013

Rabu Tanpa Bicara #2




Saturday 2 February 2013

Cabaran Skytrex Adventure

Salam kengkawan semua, kali ni aku nak share skit pengalaman aku masa pergi buat aktiviti High Rope Elements (aktiviti tali aras tinggi) di Skytrex Adventure, Bukit Cerakah, Shah Alam. Sebelum korang nak buat aktiviti kat sini, aku rasa baik korang buat tempahan kat laman web Skytrex Adventure dulu untuk memudahkan urusan. Kat SkyTrex Adventure ni terdapat 3 laluan yang disediakan, iaitu LA (Little Adventure ), BT (Big Thrill) dan XT (Xtreme Challeng). Untuk harga setiap laluan yg desidiakan korang leh rujuk kat sini. 

Kami bertolak seawal yang boleh dari KL menuju ke Bukit Cerakah sekarang dikenali dengan nama Taman Botani Negara. Biasa nak masuk bukit cerakah ni kena tiket, tapi bila kita dah booking ngan skytrex ni, kita tak perlu bayar tiket dan pengankutan (tram) disediakan dari pintu masuk bukit cerakah ke tapak SkyTrex Adventure.

Tram disediakan dari pintu utama ke Skytrex Adventure.
Sampai jer kat SkyTrex Adventure, kita dikehendaki tandatangan surat deklarasi kesihatan.Ini prosedur biasa kat tempat² yang menjalankan aktiviti lasak ni.

Isi borang pun nak meniru ke ?
Setelah selesai isi borang, tinggalkan segala barang yang tidak perlu didalam lokar yang telah disediakan, aku dan rakan² dibawa untuk memakai alatan keselamatan yang telah disediakan.

Instruktur cun tu... Pemberi semangat...
Dah selesai pakai alat keselematan, dan telah diperiksa oleh instruktur yang bertugas. Kami diberi taklimat keselamatan dan kami dikehendaki buat sedikit latihan (tmpt latihan ni rendah jer hehehehe)

Taklimat Keselamatan
Ni baru cuba try test jer... rendah lagi tu...
Ni pun try test jugak.
Bila semua peserta dah confident, dah tahu cara mengendalikan alatan, barulah akan terus ke tempat cabaran yang sebenarnya. Sebelum mula, kita dikehendaki memilih buddy/pasangan sepanjang melalui cabaran, so kalo korang tgk gambar org yg sama, tu buddy aku lah tu... hehehehehe

Ini bukan cubaan, ini betul².
Mengigil jugak kepala lutut aku huhuhu..

gambar² dibawah menunjukkan antara cabaran yang disediakan oleh pihak SkyTrex Adventure. Layanzzz



 




Masa aktiviti ni bergantung pada tahap keberanian individu berkenaan, setiap aktiviti ada tahap kesusahannya. Pasal keselamatan, jangan risau, semua instruktur yang ada disini telah dilatih sepenuhnya, dan mereka sangat² profesional disamping hensem dan cun²... hehehehe

Dah habis aktiviti, makan adalah acara wajib.
Setiap orang yang dapat selesaikan cabaran yang disediakan, akan diberi sijil oleh pihak skytrex. 

Setakat ni je cerita aku, maaflah tak pandai nak susun ayat, aku taip jer apa yang terlintas. Gambar pon tak banyak, kalo korang nak tgk gambar² lain boleh pergi ke FB SkyTrex Adventure di SINI....

Adios... Amigos... Chiaow...

Wednesday 30 January 2013

Rabu tanpa bicara #1