Catatan Perjalanan

Grab this Headline Animator

Catatan Perjalanan Headline Animator

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

Cabaran Skytrex Adventure

Salam kengkawan semua, kali ni aku nak share skit pengalaman aku masa pergi buat aktiviti High Rope Elements (aktiviti tali aras tinggi) di Skytrex Adventure, Bukit Cerakah, Shah Alam. Sebelum korang nak buat aktiviti kat sini, aku rasa baik korang buat tempahan kat laman web Skytrex Adventure dulu untuk memudahkan urusan. Kat SkyTrex Adventure ni terdapat 3 laluan yang disediakan, iaitu LA (Little Adventure ), BT (Big Thrill) dan XT (Xtreme Challeng). Untuk harga setiap laluan yg desidiakan korang leh rujuk kat sini. 

Kami bertolak seawal yang boleh dari KL menuju ke Bukit Cerakah sekarang dikenali dengan nama Taman Botani Negara. Biasa nak masuk bukit cerakah ni kena tiket, tapi bila kita dah booking ngan skytrex ni, kita tak perlu bayar tiket dan pengankutan (tram) disediakan dari pintu masuk bukit cerakah ke tapak SkyTrex Adventure.

Tram disediakan dari pintu utama ke Skytrex Adventure.
Sampai jer kat SkyTrex Adventure, kita dikehendaki tandatangan surat deklarasi kesihatan.Ini prosedur biasa kat tempat² yang menjalankan aktiviti lasak ni.

Isi borang pun nak meniru ke ?
Setelah selesai isi borang, tinggalkan segala barang yang tidak perlu didalam lokar yang telah disediakan, aku dan rakan² dibawa untuk memakai alatan keselamatan yang telah disediakan.

Instruktur cun tu... Pemberi semangat...
Dah selesai pakai alat keselematan, dan telah diperiksa oleh instruktur yang bertugas. Kami diberi taklimat keselamatan dan kami dikehendaki buat sedikit latihan (tmpt latihan ni rendah jer hehehehe)

Taklimat Keselamatan
Ni baru cuba try test jer... rendah lagi tu...
Ni pun try test jugak.
Bila semua peserta dah confident, dah tahu cara mengendalikan alatan, barulah akan terus ke tempat cabaran yang sebenarnya. Sebelum mula, kita dikehendaki memilih buddy/pasangan sepanjang melalui cabaran, so kalo korang tgk gambar org yg sama, tu buddy aku lah tu... hehehehehe

Ini bukan cubaan, ini betul².
Mengigil jugak kepala lutut aku huhuhu..

gambar² dibawah menunjukkan antara cabaran yang disediakan oleh pihak SkyTrex Adventure. Layanzzz



 




Masa aktiviti ni bergantung pada tahap keberanian individu berkenaan, setiap aktiviti ada tahap kesusahannya. Pasal keselamatan, jangan risau, semua instruktur yang ada disini telah dilatih sepenuhnya, dan mereka sangat² profesional disamping hensem dan cun²... hehehehe

Dah habis aktiviti, makan adalah acara wajib.
Setiap orang yang dapat selesaikan cabaran yang disediakan, akan diberi sijil oleh pihak skytrex. 

Setakat ni je cerita aku, maaflah tak pandai nak susun ayat, aku taip jer apa yang terlintas. Gambar pon tak banyak, kalo korang nak tgk gambar² lain boleh pergi ke FB SkyTrex Adventure di SINI....

Adios... Amigos... Chiaow...

Wednesday, 30 January 2013

Rabu tanpa bicara #1




Thursday, 24 January 2013

Rempit Belantara | ATV

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 
Kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti ATV plak, ATV atau nama panjangnya All Terrain Vehicle adalah kenderaan nak kata motor, x serupa motor... senang citer motor 4 tayar lah. Aku main ATV ni di ATV Adventure Park  yang terletak di kemensah, Kuala Lumpur

Peta Lokasi ATV Adventure Park
Kat ATV Adventure Park ini ada 5 Pakej yang disediakan, Aku dan rakan² aku amik pakej yang paling ekstrem Pakej E. (RM300). Kalo korang nak tau pakej² lain boleh tgk kat sini. 

Memula before start main ATV ni, korang kena sign satu borang. Borang tu kalo berlaku apa² kat kita, kita tak boleh salahkan pihak pengurusan ATV Adventure Park

Sebelum aktiviti bermula, diberi taklimat keselamatan dan cara pengendalian ATV
Dah habis taklimat, kita diberi peluang untuk bawak ATV di sekeliling kawasan permulaan, Kira warming up arr nak bagi kita biasa ngan ATV ni.

Gentleman.. Start your engine

Ni baru sesi warming up.
Setelah semua peserta mahir mengendalikan ATV, Guide pon akan bawak kita meneroka hutan selamat 3-4 jam (mengikut pakej). Untuk pakej E, Korang akan dibawa ke Bukit Tabur / Dam / Sungai Liza / Dataran Mas /Bukit Lalang.
Pengembaraan bermula

Kemahiran mengendalikan ATV boleh menstabilkan ATV


Berehat di Sungai Liza

Semua tempat ATV boleh jalan



Selepas je rehat kat Sg. Liza, hujan mula turun dengan lebatnya, kami meneruskan perjalanan dalam hujan lebat dan ribut petir, jalan yang kami lalui semua basah dan sangat mencabar. Jadi bila dah hujan tu, tak dapatlah nak tangkap gambar. Kami tiba di tempat permulaan dalam jam 6.30 ptg.
Selesai sudah

Sesampainya kami di tempat mula, kami berendam dalam kolam yang disediakan oleh pihak pengurusan. So jangan risau kalo baju kotor. Kelengkapan asas seperti surau, tandas, bilik mandi disediakan di sini. Jadi kalo berminat nak buat aktiviti kat sini. Sila klik ATV Adventure Park.

Chiaow..




Tuesday, 22 January 2013

Caving at Gua Tempurung Part 3

Salam sejahtera sahabat... Hari ni aku nak sambung sikit pasal cerita pengembaraan aku dan rakan² di Gua Tempurung. Untuk posting kali ni, aku letak banyak skit gambar, coz dengan gambar² tu, beribu penjelasan yang akan korang dapat.

Pintu Masuk ke Gua Tempurung
Memula masuk gua, kena panjat banyak tangga

Permadangan dalam gua
 Pada jam pertama perjalana dalam gua, Pihak pengurusan telah menyediakan trek dan tangga dalam gua. Ini memudahkan para peserta untuk menjelajah Gua Tempurung. Pada mereka yang telah ambil pakej grand tour. Sejam yang pertama adalah baru permulaan, kira cam baru nak panaskan badan lah.

Bermulalah perjalanan di trek tanpa tangga 

Kesan tinggalan sejarah 

Ada beberapa tempat kita terpaksa meniarap/merangkak dalam air.

Perjalanan yang penuh cabaran

Kamera jangan dilupakan, untuk mengabadikan kenangan² manis
Aktiviti ini dapat meningkatkan kerjasama berpasukan
Teamwork
Antara beberapa tempat yang agak mencabar
Berehat dalam sungai yang mengalir dalam gua, Sejuk,....!!
Acara wajib... Group Photo..
Tepat jam 4.00 ptg kami keluar dari gua tempurung.

Lebih kurang jam 4 petang, kami semua telah selamat keluar dari Gua Tempurung. Kesemua rakan² yang ikut serta, berpuas hati dengan penjelajahan kali ini, dan mereka mengharapkan akan ada aktiviti² seperti ini pada masa akan datang.

Lepas keluar je gua, maka semua rakan menerkam ke arah makanan yang telah ditempah lebih awal di food court pintu masuk gua. Almaklumlah hampir 5 jam kelaparan, hanya makan coklat jer dalam perjalanan. Kepada anda² disana yang nak buat aktiviti di Gua Tempurung, Boleh lah berhubung dengan pihak pengurusan gua tempurung di sini . Anda pasti berpuashati dengan pengembaraan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca.. adios.. amigos... 

Sunday, 20 January 2013

Caving at Gua Tempurung part 1

Pada 19.01.13 yang lepas aku berkesempatan untuk menerokai Gua Tempurung yang terletak di perak. Sebelum aku meneruskan cerita pengembaraan aku dan rakan-rakan, aku nak kongsi sikit mengenai sedikit sejarah gua tempurung yang sempat aku google tadi... 

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung di Gopeng, Perak
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Nak tau cerita pengembaraan aku plak.. tunggu sambungan Part 2